Boleh
dikatakan bagian inilah merupakan tujuan utama penulisan kitab ini, sehingga
banyak hala yang mesti dipersoalkan dengan lebih teliti dan mendetail untuk
memperoleh kejelasan yang sempurna. Dengan segala usaha, saya cuba menjelaskan
beberapa hal dari tujuannya dengan menghindari pembahasan yang panjang lebar,
supaya tidak menjemukan pembaca.
Sebab
orang yang membaca Al-Qur’an sudah sepatutnya menunjukkan keikhlasan -
sebagaimana yang telah saya kemukakan - dan menjaga adab terhadap Al-Qur’an.
Maka patutlah dia menghadirkan hatinya kerana dia sedang bermunajat kepada
Allah s.w.t dan membaca Al-Qur’an seperti keadaan orang yang melihat Allah
s.w.t, jika dia tidak boleh melihatNya, maka sesungguhnya Allah s.w.t
melihatnya.
Masalah ke-28:
Jika
hendak membaca Al-Qur’an, hendaklah dia membersihkan mulut dengan siwak atau
lainnya. Pendapat yang lebih terpilih berkenan dengan siwak ialah menggunakan
kayu Arak. Boleh juga dengan kayu-kayu lainnya atau dengan sesuatu yang dapat
membersihkan, seperti kain kasar dan lainnya.
Adapun
tentang penggunaan jari yang kasar ada tiga pendapat di kalangan pengikut
Asy-Syafi’i. Pendapat yang lebih masyur adalah tidak mendapat sunahnya. Kedua
adalah dapat menghasilkan sunahnya. Dapat sunahnya jika tidak mendapat lainnya
dan tidak boleh jika ada lainnya.
Dan
hendaklah dia bersugi mulai dari sebelah kanan mulutnya dan berniat menjalankan
sunahnya. Salah seorang ulama berkata, hendaklah seseorang mengucapkan ketika
bersugi: “Allahumma baarik lii fiihi, ya arhamar rahimin.”
Al-Mawardi
seorang pengikut Asy-Syafi’i berkata: “diutamakan bersugi pada bagian luar gigi
dan dalamnya.”
Siwak
itu digosokkan pada ujung-ujung giginya dan bagian bawah gerahamnya serta
bagian atasnya dengan lembut. Mereka berkata: “Hendaklah bersugi menggunakan
siwak yang sedang, tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Jika terlalu
kering, maka siwaknya dilembutkan
dengan
air. Tidaklah mengapa jika menggunakan siwak orang lain dengan izinnya.
Manakala kalau mulutnya najis kerana darah atau lainnya, maka tidaklah disukai
baginya membaca Al-Qur’an sebelum mencucinya.
Apakah
itu haram? Ar-Rauyani, pengikut Asy-Syafi’i, mengambil katakata ayahnya:
“Terdapat dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat (sahih) ialah tidak haram.”
Masalah ke-29:
Diutamakan
bagi orang yang membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci. Jika membaca Al-Qur’an
dalam keadaan berhadas, maka hukumnya harus berdasar ijma’ul muslimin.
Hadits-hadits berkenaan dengan perkara tersebut sudah dimaklumi. Immamul
Haramain berkata: “Tidaklah boleh dikatakan dia melakukan sesuatu yang makruh,
tetapi meninggal yang lebih utama.” Jika tidak menemukan air, dia bertayamum.
Wanita mustahadhah dalam waktu yang dianggap suci mempunyai hukum yang sama
dengan hukum orang yang berhadas.
Sementara
orang yang berjunub dan wanita yang haid, maka haram atas keduanya membaca
Al-Qur’an, sama saja satu ayat atau kurang dari satu ayat. Bagi keduanya
diharuskan membaca Al-Qur’an di dalam hati tanpa mengucapkannya dan boleh
memandang ke dalam mushaf. Ijmak muslim mengharuskan bagi yang berjunub dan
yang haid mengucapkan tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan membaca shalawat atas
Nabi s.a.w serta dzikir-dzikir lainnya.
Para
sahabat kami berkata, jika orang yang berjunub dan perempuan yang haid berkata:
“Khudzil kitaaba biquwwatin” sedang tujuannya adalah selain Al-Qur’an, maka
hukumnya boleh.
Demikian
pula hukumnya upaya yang serupa dengan itu. Keduanya boleh mengucapkan: “Innaa
lillahi wa innaa ilahi raaji’uun”. Ketika mendapat musibah, jika tidak
bermaksud membaca Al-Qur’an. Para sahabat kami dari Khurasan berkata, ketika
menaiki kendaraan, keduanya boleh mengucapkan:
Terjemahan:
“Maha Suci Tuhan yang menundukkan kendaraan ini bagi kami dan tidaklah kami
mampu menguasainya sebelum ini.” (QS Az-Zukhruf 43:13)
Dan
ketika berdoa:
Terjemahan:
“Wahai Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
lindungilah kami dari siksa neraka.” (QS Al-Baqarah 2:102)
Hukum
tersebut berlaku selagi keduanya tidak bermaksud membaca Al-Qur’an. Imamul
Haramain berkata, apabila orang yang berjunub mengucapkan: “Bismillah wal
hamdulillah, maka jika dia bermaksud membaca Al-Qur’an, dia durhaka. Jika dia
bermaksud berdzikir atau tidak bermaksud membaca apa-apa, dia tidak berdosa.
Juga diharuskan bagi keduanya membaca ayat yang telah dihapus tilawahnya
seperti:
Terjemahan:
“Orang lelaki yang tua dan perempuan yang tua, jika keduanya berzina, maka
rajamlah keduanya sehingga mati.”
Masalah ke-30:
Jika
orang yang berjunub atau perempuan yang haid tidak menemukan air, maka dia
bertayamun dan diharuskan baginya membaca AlQur’an, sembahyang serta lainnya.
Jika dia berhadas, haram atasnya mengerjakan sembahyang dan tidak haram membaca
dan duduk di dalam masji atau lainnya yang tidak haram atas orang yang berhadas
sebagaimana jika dia mandi, kemudian berhadas. Ini adalah sesuatu yang
dipersoalkan dan dianggap aneh.
Maka
dikatakan, orang berjunub dilarang sembahyang dan tidak dilarang membaca
Al-Qur’an dan duduk di masjid tanpa keperluan, bagaimana bentuknya? Inilah
bentuknya. Kemudian yang lebih dekat ialah tidak ada bezanya antara tayamum
orang yang berjunub di kota tempat tinggalnya dan ketika musafir.
Seorang
ulama pengikut Asy-Syafi’i berkata, bahawa jika dia bertayamum di kota tempat
tinggalnya, maka diharuskan sembahyang dan tidak membaca Al-Qur’an sesudahnya
atau duduk di masjid. Pendapat yang lebih sahih ialah boleh melakukan itu
sebagaimana telah saya kemukakan. Sekiranya dia bertayamum, kemudian sembahyang
dan membaca Al-Qur’an, kemudian ingin bertayamum kerana berhadas atau untuk
mengerjakan sembahyang fardhu lainnya maka tidak haram atasnya membaca
Al-Qur’an menurut madzhab yang sahih dan terpilih.
Terdapat
pendapat dari sebagian pengikut Asy-Syafi’i yang mengatakan hal itu tidak
boleh. Pendapat yang lebih terkenal adalah pendapat pertama. Jika orang yang
berjunub tidak menemukan air ataupun tanah, maka dia boleh sembahyang untuk
memuliakan waktu menurut keadaannya dan haram atasnya membaca Al-Qur’an di luar
sembahyang. Diharamkan atasnya membaca dalam sembahyang lebih dari Al-Fatihah.
Apakah
haram atasnya membaca Al-Fatihah? Terdapat dua pendapat berkenaan dengan
masalah ini.
Pendapat
pertama: Ini pendapat yang lebih sahih dan terpilih ialah tidak haram, bahkan
wajib kerana sembahyang itu tidak sah tanpa membaca Al-Fatihah. Manakala
diharuskan sembahyang dalam keadaan darurat, dalam keadaan janabah, maka
diharuskan juga membaca Al-Qur’an.
Pendapat
kedua: Tidak boleh, akan tetapi dia hendaklah membaca dzikir-dzikir yang dibaca
oleh orang yang tidak mampu dan tidak hafaz sedikit pun dari Al-Qur’an. Kerana
orang ini tidak mampu menurut syarak, maka dia seperti orang yang tidak mampu
menurut kenyataan. Pendapat yang lebih benar adalah pendapat yang pertama.
Cabang-cabang yang saya sebutkan ini diperlukan olehnya. Oleh sebab ini saya
menyinggung kepadanya dengan kalimat yang paling ringkas. Kalau ingin lebih
lengkap, maka ada dalil-dalil dan keterangan lebih lanjut yang banyak dan
dikenal dalam kitab-kitab fiqh. Wallahua’lam.
Masalah ke-31:
Membaca
Al-Qur’an disunahkan di tempat yang bersih dan terpilih. Justru, sejumlah ulama
menganjurkan membaca Al-Qur’an di masjid kerana ia meliputi kebersihan dan
kemuliaan tempat serta menghasilkan keutamaan lain, iaitu Itikaf. Maka setiap
orang yang duduk di masjid patut beriktikaf, sama saja duduknya lama atau
sebentar. Bahkan pada awal masuknya ke masjid sepatutnya dia berniat iktikaf. Adab
ini patut diperhatikan dan disebarkan agar dikatahui oleh anak-anak ataupun
orang awam kerana ia selalu diabaikan.
Manakala
membaca Al-Qur’an di tempat mandi, maka para ulama salaf berlainan pendapat
berkenaan dengan makruhnya. Sahabat-sahabat kami berpendapat, tidak dihukumkan
makruh. Imam yang mulia Abu Bakar Ibnu Mundzir menukilnya dalam Al-Ayaraaf dari
Ibrahim An-Nakha’I dan Malik dan itu jugalah pendapat Atha’.
Beberapa
jamaah diantaranya Ali bin Abu Thalib ra menghukumkannya makruh. Ibnu Abi Dawud
meriwayatkan pendapat ini daripadanya. Ibnu Mundzir menceritakan dari sejumlah
tabi’in, diantaranya Abu Wail Syaqiq bin Salamah, Asy-Sya’bi, Hasan Al-Bashri,
Makhul dan Qabishah bin Dzuaib. Kami meriwayatkannya pula dari Ibrahim
An-Nakha’i. Para sahabat kami meriwayatkannya dari Abu Hanifah ra
Asy-Sya’bi
berkata, makruh membaca Al-Qur’an di tiga tempat: Di tempat mandi, tempat buang
air dan tempat penggilingan gandum.
Diriwayatkan
dari Bau Maisarah, katanya:
“Tidaklah
disebut nama Allah s.w.t, kecuali di tempat yang baik.”
Sementara
membaca Al-Qur’an di jalan, maka pendapat yang terpilih adalah boleh dan tidak
makruh, jika pembacanya tidak lalai. Jika lalai, maka dihukumkan makruh
sebagaimana Nabi s.a.w tidak menyukai membaca AlQur’an oleh orang yang mengantuk
kerana takut keliru. Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abu darda’ ra bahawa dia
membaca Al-Qur’an di jalan. Diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz rahimahullah
bahawa dia mengizinkan membaca Al-Qur’an di jalan.
Ibnu
Abi Dawud berkata, diceritakan kepadaku oleh Abu Ar’Rabi’, katanya:
Diberitahukan kepada kami oleh Ibnu Wahab, katanya: “Aku bertanya kepada Malik
tentang orang yang sembahyang di akhir malam, kemudian keluar ke masjid dan
masih tertinggal sedikit lagi dari surah yang dibacanya. Malik menjawab, “Aku
tidak tahu pembacaan yang berlangsung di jalan. Hal itu makruh dan ini adalah
isnad yang sahih dari Malik rahimahullah.
Masalah ke-32:
Diutamakan
bagi pembaca Al-Qur’an di luar sembahyang supaya menghadap kiblat. Hal ini
telah banyak disebut dalam beberapa hadits:
“Sebaik-baik
majlis adalah yang menghadap kiblat.” Hendaklah dia duduk dengan khusyuk dan
tenang sambil menundukkan kepalanya dan duduk sendiri dengan adab baik dan
tunduk seperti duduknya di hadapan gurunya, inilah yang paling sempurna.
Diharuskan baginya membaca sambil berdiri atau berbaring atau di tempat
tidurnya atau dalam keadaan lainnya dan dia mendapat pahala, akan tetapi
nilainya kurang dari yang pertama.
Allah
‘Azza wa Jalla berfirman:
Terjemahan:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan
siang terdapat tanda-tanda (keagungan Allah s.w.t) bagi orang-orang yang
berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah s.w.t sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan Bumi…” (QS Ali-Imran 3:190-191)
Diriwayatkan
dalam Shahih dari Aisyah ra.a, katanya:
Terjemahan:
“Bahawa Rasulullah s.a.w bersandar di pangkuanku ketika aku sedang haid dan
beliau membaca Al-Qur’an.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam
suatu riwayat: “Beliau membaca Al-Qur’an sedang kepalanya berada dipangkuanku.”
Diriwayatkan
dari Abu Musa Al-Asy’ari ra, katanya: “Aku membaca Al-Qur’an dalam sembahyangku
dan membacanya di atas tempat tidurku.” Diriwayatkan dari Aisyah r.a, katanya:
“Sungguh aku membaca hizibku ketika aku berbaring di atas tempat tidurku.”
Masalah ke-33:
Jika
hendak mulai membaca Al-Qur’an, maka dia memohon perlindungan dengan
mengucapkan: A’uudzu billaahi minasy-syaithaanir rajiim (Aku Berlindung kepada
Allah s.w.t dari Syaitan yang terkutuk). Sebagian ulama salaf berkata:
Ta’awwudz itu sepatutnya dibaca sesudah membaca Al-Qur’an berdasarkan firman
Allah s.w.t:
Terjemahan:
“Jika kamu membaca Al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah
s.w.t dari syaitan yang terkutuk.” (QS An-Nahl 16:98)
Maksud
ayat ini menurut majoriti ulama, apabila kamu ingin membaca Al-Qur’an, maka
mohonlah perlindungan kepada Allah s.w.t dari syaitan yang terkutuk.
Sejumlah
ulama salaf berpendapat, ‘Auudzu billaahis sami’il ‘aliimi minasy-syaithaanir
rajiim (aku memohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui dari syaitan yang terkutuk). Tidaklah mengapa jika mengucapkan
perkataan ini.
Bagaimanapun
yang terpilih adalah bentuk ta’awwudz yang pertama. Kemudian, sesungguhnya
ta’awwudz itu mustahab (disunahkan) dan bukan wajib. Ta’awwudz itu disunahkan
bagi setiap pembaca Al-Qur’an, sama saja di dalam sembahyang atau di luarnya.
Di dalam sembahyang diutamakan membacanya dalam setiap rakaat menurut pendapat
yang sahih dari dua pendapat tersebut.
Menurut
pendapat yang kedua diutamakan membacanya pada rakaat pertama. Jika
ditinggalkan pada rakaat pertama, maka hendaklah dia membacanya pada rakaat
kedua.
Diutamakan
pula membaca ta’awwudz dalam takbir pertama sembahyang jenazah, menurut
pendapat yang lebih sahih di antara dua pendapat.
Masalah ke-34:
Hendaklah
orang yang membaca Al-Qur’an selalu membaca bismillahir Rahmaanir Rahiim pada
awal setiap surah selain surah Bara’ah kerana sebagian besar ulama mengatakan,
ia adalah ayat, sebab ditulis di dalam Mushaf. Basmalah ditulis di awal setiap
surah, kecuali Bara’ah. Jika tidak membaca basmalah, maka dia meninggalkan
sebagian Al-Qur’an menurut sebagian besar ulama.
Kalau
bacaan itu kerana tugas yang diwajibkan atasnya sebagai orang yang diupah dan
digaji, maka perhatian atas bacaan basmalah lebih ditekankan untuk memastikan
pembacaan khatam. Kerana jika ditinggalkannya, maka dia tidak mendapat sesuatu
kerana waqaf, bagi orang yang mengatakan bahawa basmalah adalah termasuk ayat
di awal surah. Ini adalah penjelasan berharga yang ditekankan agar diperhatikan
dan disebarkan.
Masalah ke-35:
Jika
mulai membaca, hendaklah bersikap khusyuk dan merenungkan maknanya ketika
membaca. Dalil-dalilnya terlalu banyak untuk dihitung dan sudah masyur serta
terlalu jelas untuk disebut. Itulah maksud yang dikehendaki dan dengan demikian
itu dada menjadi lapang serta hati menjadi tenang. Allah Azza wa jalla
berfirman:
Terjemahan:
“Apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an?” (QS An-Nisa’ 4:82)
Allah
berfirman:
Terjemahan:
“Ini adalah suatu Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya
mereka memperhatikan ayat-ayatnya…” (QS Shaad 38:29)
Banyak
hadits yang diriwayatkan berkenaan dengan perkara tersebut dan
pendapat-pendapat ulama salaf tentang hal itu cukup masyur. Sejumlah ulama
Salaf ada yang membaca satu ayat sambil merenungkannya dan mengulang-ulanginya
sehingga pagi.
Sejumlah
ulama Salaf telah pengsan ketika membaca Al-Qur’an. Banyak pula yang mati dalnm
keadaan membaca Al-Qur’an.
Telah
kami terima riwayat dari Bahzin bin Hakim bahawa Zurarah bin Aufa seorang
tabi’in yang mulia mengimami sejumlah orang dalam sembahyang fajar. Dia membaca
Al-Qur’an sehingga ayat:
Terjemahan:
“Jika ditiup sangkakala maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang
sukar.” (QS Al-Mudaththir 74:8-9)
Tiba-tiba
dia tumbang dan mati. Banzin berkata: “Aku termasuk orang-orang yang
memikulnya.”
Ahmad
bin Abul Hawari ra yang dijuluki Raihanatus Syam sebagaimana dikatakan oleh
Abul Qasim Al-Junaidi rahimahullah, apabila dibacakan Al-Qur’an di dekatnya,
dia menjerit dan jatuh pengsan.
Ibnu
Abi Dawud berkata, Al-Qasim Ibnu Usman Al-Jau’i rahimahullah mengingkari hal
itu atas Ibnu Abil Hawari. Al-Jau’i seorang yang terkemuka dan ahli hadits yang
menetap di Damsyiq. Dia lebih utama dari Ibnu Abil Hawari. Katanya: demikian
jugalah di ingkari oleh Abul Jauza’ dan Qais bin Hubtar serta lainnya.
Saya
katakan, yang benar ialah tidak adanya keingkaran, kecuali siapa yang mengaku bahawa
dia lakukan itu dengan berpura-pura. Wallahua’lam.
As-Sayyid
yang mulia dan pemilik berbagai anugerah serta makrifat, Ibrahim Al-Khawash
ra.a berkata: “Ubat penyembuh hati ada lima perkara, iaitu:
1. Membaca
Al-Qur’an dan merenungi maknanya.
2. Perut
yang kosong.
3. Sembahyang
malam.
4. Berdoa
dengan penuh tawadhuk di hujung malam.
5.
Duduk bersama orang-orang sholeh.
Masalah ke-36:
Anjuran
mengulang-ulang ayat untuk direnungkan. Telah kami kemukakan dalam fasal
sebelumnya anjuran untuk merenungkan dan menjelaskan pengaruhnya serta
peninggalan tradisi ulama Salaf. Telah kami terima riwayat dari Abu Dzarr ra
Dia berkata:
Terjemahan:
“Nabi s.a.w mengulang-ulangi satu ayat sehingga pagi."
Ayat
itu adalah:
Terjemahan:
“Jika Engkau siksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu” Surah
Al-Maidah: 118 (Riwayat Nasa’I dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan
dari Tamim Ad-Dariy ra bahawa dia mengulang-ulang ayat ini sehingga pagi: Terjemahan:
“Apakah orang-orang yang melakukan kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan
menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
shaleh.” (QS Al-Jaathiyah 45:21)
Diriwayatkan
dari Ubbad bin Hamzah, katanya: Aku masuk kepada Asma’ra dan dia sedang
membaca:
Terjemahan:
“Maka Allah s.w.t memberikan anugerah kepada kami dan memelihara kami dari
siksa neraka.” (QS Ath-Thuur 52:27)
Maka
saya berhenti di sampingnya dan Asma’ terus mengulanginya serta berdoa. Saya
cukup lama berhenti di situ, maka aku pergi ke pasar. Setelah selesai membeli
keperluan-keperluanku, aku kembali lagi padanya dan dia masih mengulang-ulang
bacaan ayat tersebut dan berdoa. Kami meriwayatkan kisah ini dari Aisyah ra
Ibnu
Mas’ud mengulang-ulang ayat:
Terjemahan:
“Ya Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (QS Thaha: 114)
Said
bin Jubair mengulang-ulang ayat:
Terjemahan:
“Dan peliharalah dirimu dari (siksa yang berlaku pada) hari yang pada waktu itu
kamu dikembalikan kepada Allah s.w.t.” (QS Al-Baqarah 2:281)
Dia
juga mengulang-ulang ayat:
Terjemahan:
“Kelak mereka akan mengetahui belenggu dan rantai diikatkan di leher mereka…”
(QS Al-Mu’min 40:70-71)
Dia
juga mengulang-ulang ayat:
Terjemahan:
“Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang
Maha Pemurah.” (QS Al-Infithar 82:6)
Dhahak
apabila membaca firman Allah s.w.t sebagai berikut dia mengulang-ulang sehingga
waktu sahur. Iaitu firman Allah s.w.t:
Terjemahan:
“Bagi mereka lapisan-lapisan dari api atas mereka dan di bawah mereka pun
lapisan-lapisan (dari Api) juga.” (QS Az-Zumar 9:16)
Masalah ke-37:
Menangis
ketika membaca Al-Qur’an. Telah diterangkan dalam dua fasal yang terdahulu
berkaitan dengan hal-hal yang menimbulkan tangis ketika membaca Al-Qur’an.
Menangis ketika membaca Al-Qur’an merupaan sifat orang-orang yang arif dan
syiar hamba-hamba Allah Yang shaleh. Allah berfirman:
Terjemahan:
“Dan mereka menyukur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah
khusyuk.” (QS Al-Israa 17:109)
Diriwayatkan
sejumlah hadits dan athar Salaf. Antara lain, diriwayatkan dari Nabi s.a.w
sabdanya:
Terjemahan:
“Bacalah Al-Qur’an dan menangislah. Jika kamu tidak menangis, maka usahakanlah
supaya menangis.”
Diriwayatkan
dari Umar Ibnul Khattab ra bahawa dia mengimami jamaah sembahyang Subuh dan
membaca Surah Yusuf. Dia menangis hingga mengalir air matanya hingga membasahi
tulang bahunya. Dalam suatu riwayat, kejadian itu berlangsung dalam sembahyang
Isyak. Maka hal itu menunjukkan berlakunya pengulangan bacaan. Dalam suatu
riwayat, dia menangis hingga mereka mendengar tangisannya dari belakang
shaf-shaf. Diriwayatkan dari Abu Raja’, katanya: “Kulihat Ibnu Abbas di bawah
kedua matanya nampak bekas seperti tali selipar yang usang lantaran air mata.”
Diriwayatkan
dari Abu Shahih, katanya: Beberapa orang datang dari Yaman menemui Abu Bakar
Ash-Shiddiq ra mereka membaca Al-Qur’an dan mereka menangis. Kemudian Abu Bakar
berkata: “Demikianlah keadaan kami jika membaca Al-Qurna.”
Diriwayatkan
dari Hisyam, katanya: “Terkadang aku mendengar tangis Muhammad bin Sirin pada
waktu malam ketika dia sedang sembahyang.”
Banyak
athar yang menerangkan yang demikian itu yang tidak mungkin menghitungnya. Apa
yang telah saya kemukakan dan saya tunjukkan kiranya sudah memadai.
Wallahua’lam.
Imam
Abu Hamid Al-Ghazali berkata: “Menangis itu disunahkan pada waktu membaca
Al-Qur’an. Cara dapat menangis adalah menghadirkan kesedihan di dalam hati
dengan merenungkan peringatan dan ancaman keras serta janji-janji yang terdapat
di dalamnya, kemudian merenungi dosa-dosa yang terlanjur diperbuat.” Jika tidak
boleh menimbulkan kesedihan dan tangisan sebagaimana dialami oleh orang-orang
terpilih, maka hendaklah dia menangis atas kegagalan itu kerana hal itu
termasuk musibah yang besar.
Masalah ke-38:
Hendaklah
membaca Al-Qur’an dengan tartil. Para ulama telah sependapat atas anjuran
melakukan tartil. Allah berfirman:
Terjemahan:
“Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (QS Al-Muzzammil 73:4)
Diriwayatkan
dari Ummi Salamah ra bahawa dia menggambarkan bacaan Rasulullah s.a.w sebagai
bacaan yang jelas huruf demi huruf.” (Riwayat Abu Dawud, Nasa’I dan Tirmidzi.
Tirmidzi berkata: hadits hasan sahih)
Diriwayatkan
dari Mu’awiyyah bin Qurrah ra dari Abdullah bin Mughaffal ra dia berkata:
Terjemahan:
“Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari penaklukan Mekah di atas untanya sedang
membaca Surah Al-Fatihah dan mengulangulang bacaannya.” (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas ra Dia berkata: “Aku lebih suka membaca satu surah secara
tartil daripada membaca Al-Qur’an seluruhnya.”
Diriwayatkan
dari Mujahid bahawa dia ditanya tentang dua orang, seorang membaca surah
Al-Baqarah dan Ali-Imran sedangkan lainnya membaca surah Al-Baqarah saja.
Waktunya, rukuk, sujud dan duduknya sama. Mujahid menjawab: “Orang yang membaca
Surah Al-Baqarah saja lebih baik.”
Dilarang
membaca Al-Qur’an secara asal jadi dengan cepat sekali. Diriwayatkan dari
Abdullah bin Mas’ud bahawa seorang lelaki berkata kepadanya: “Aku membaca
Al-Mufashshal dalam satu rakaat.” Maka Abdullah bin Mas’ud menjawab:
“Demikianlah, demikianlah syair itu. Sesungguhnya ada orang yang membaca
Al-Qur’an dan tidak melampaui tenggorokan mereka. Bagaimanapun jika masuk di
hati dan menjadi kukuh di dalamnya, maka ia pun berguna.” (Riwayat Bukhari
& Muslim)
Para
ulama berkata: “Membaca Al-Qur’an dengan tartil itu disunahkan untuk merenungkan
artinya.” Mereka berkata: “Membaca dengan tartil disunahkan bagi orang bukan
Arab yang tidak memahami maknanya kerana hal itu lebih dekat kepada pengagungan
dan penghormatan serta lebih berpengaruh di dalam hati.”
Masalah ke-39:
Diutamakan
jika melalui ayat yang mengandung rahmat agar memohon kepada Allah s.w.t dan
apabila melalui yang mengandung siksaan agar memohon perlindungan kepada Allah
s.w.t dari kejahatan dan siksaan. Atau berdoa: “Ya Allah, aku mohon kesehatan
kepada-Mu atau keselamatan dari setiap bencana.” Jika melalui ayat yang
mengandung tanzih (penyucian) Allah s.w.t maka dia sucikan Allah s.w.t dengan
ucapan, Subhanalahi wa Ta’ala atau Tabaroka wa Ta’ala atau Jallat Azhamatu
Rabbina.
Diriwayatkan
dari Hudzifah Ibnul Yaman ra Dia berkata: “Pada suatu malam aku sembahyang
bersama Nabi s.a.w Beliau memulai dengan Surah Al-Baqarah, beliau rukuk ketika
mencapai seratus ayat, kemudian meneruskan. Maka saya katakan, beliau rukuk
dengan membacanya. Kemudian beliau memulai surah An-Nisa’ dan membacanya,
kemudian memulai suart Ali-Imran dan membacanya dengan perlahan-lahan. Jika
melalui suatu ayat yang terdapat tasbih di dalamnya, beliau bertasbih. Dan
apabila melalui permohonan, beliau memohon. Jika melalui ta’awuudz, beliau
memohon perlindungan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Letak
Surah An-Nisa’ pada waktu itu didahulukan sebelum Surah AliImran.
Para
sahabat kami rahimahullah berkata, memohon, meminta perlindungan dan bertasbih
itu disunahkan bagi setiap pembaca Al-Qur’an, sama saja di dalam sembahyang
atau di luarnya. Mereka berkata: “Semua itu disunahkan dalam sembahyang
sendirian. Kerana itu adalah doa maka merea semnua sama dalam hal itu, seperti
ucapan Aamiin sesudah Al-Fatihah.
Apa
yang saya sebutkan berkenaan dengan sunahnya, memohon dan isti’adzah tersebut
adalah menurut madzhab Asy-Syafi’i ra dan majoriti ulama rahimahullah. Abu
Hanifah rahimahullah berkata: “Hal itu tidak diutamakan, bahkan tidak disukai
dalam sembahyang.” Pendapat yang lebih benar adalah pendapat majoriti
sebagaimana saya kemukakan.
Masalah ke-40:
Hal
yang perlu diperhatikan dan amat ditekankan adalah memuliakan Al-Qur’an dari
hal-hal yang kadang-kadang diabaikan oleh sebagian orang yang lalai ketika
membaca bersama-sama. Diantaranya menghindari tertawa, berbuat bising dan
bercakap-cakap di tengah pembacaan, kecuali perkataan yang perlu diucapkan.
Hendaklah
dia mematuhi firman Allah s.w.t:
Terjemahan:
“Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah
dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (QS Al-A’raf 7:204)
Hendaklah
dia mengikuti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Ibnu Umar ra bahawa
apabila membaca Al-Qur’an dia tidak bercakap sehingga selesai. Hadits ini juga
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam shahihnya dan dia berkata: “Tidak
bercakap-cakap hingga selesai membaaca.” Dia menyebutnya dalam kitab At-Tafsir
berkenaan dengan firman Allah s.w.t:
Terjemahan:
“Isetri-isterimu adalah ladang bagimu.” (QS Al-Baqarah 2:223)
Termasuk
perbuatan tercela adalah mempermainkan tangan lainnya kerana dia sedang
bermunajat kepada Allah s.w.t. Maka janganlah dia bermain di hadapan-Nya.
Diantaranya adalah memandang kepada sesuatu yang dapat melalaikan dan
melencengkan pikiran dan tumpuan.
Lebih
buruk dari semua itu adalah memandang kepada sesuatu yang tidak boleh
dipandang, seperti orang lelaki yang mulus wajahnya dan yang seumpamanya.
Kerana memandang kepada laki-laki yang berwajah mulus dan tampan tanpa
keperluan adalah haram, sama saja dengan syahwat ataupun tanpa syshwat, sama
saja aman dari fitnah atau tidak aman. Ini adalah madzhab yang shahih dan
terpilih di kalangan ulama. Imam AsySyafi’i dan para ulama yang tidak sedikit
jumlahnya telah menyebutkan pengharamannya.
Dalilnya
ialah firman Allah s.w.t:
Terjemahan:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya.” (QS An-Nur 24:30)
Kerana
lelaki mulus lagi cantik cenderung dijadikan pasangan homoseks, sama dengan
perempuan. Bahkan boleh jadi sebagian atau banyak dari mereka lebih bagus dari
banyak perempuan dan lebih memungkinkan terjadinya kejahatan padanya serta
lebih mudah dari perempuan. Maka pengharamannya itu lebih utama.
Pendapat-pendapat ulama saja yang memperingatkan terhadap mereka banyak sekali
jumlahnya. Para ulama menanamkan mereka orang busuk kerana menimbulkan rasa
jijik menurut syarak.
Manakala
memandang kepadanya ketika berjual beli, mengambil dan memberi, berubat dan
mengajar serta hal-hal lain yang diperlukan, hukumnya boleh kerana adanya
keperluan yang dibenarkan secara syar’i. Bagaimanapun pandangannya adalah
sekedar keperluan dan tidak terus memandang tanpa keperluan. Demikian jugalah
guru yang diharuskan memandang sesuatu yang diperlukannya dan haram atas mereka
dalam segala keadaan memandang dengan syahwat.
Ini
tidak khusus berkaitan dengan lelaki yang mulus wajahnya, bahkn haram atas
setiap mukallaf memandang dengan syahwat kepada setiap orang, sama saja lelaki
ataupun perempuan. Sama saja perempuan itu masih mahramnya atau bukan, kecuali
isteri atau hamba perempuan yang boleh digalauli. Bahkan sahabat kami
mengatakan: Diharamkan memandang dengan syahwat kepada mahramnya seperti
suadara perempuannya dan ibunya.” Wallahua’lam.
Diwajibkan
atas orang-orang yang menghadiri majlis membaca AlQur’an jika melihat sesuatu
kemungkaran-kemungkaran tersebut atau lainnya agar melarangnya sekuat tenaga
dengan tangan bagi siapa yang mampu dan dengan lisan bagi siapa yang tidak
mampu melakukannya dengan tangan dan mampu melakukannya dengan lisan. Jika
tidak sanggup dengan semua itu, maka dengan hatinya (membencinya adalah hati).
Wallahua’lam.
Masalah ke-41:
Tidak
boleh membaca Al-Qur’an dengan selain bahasa Arab, sama saja dia boleh
berbahasa Arab dengan baik atau tidak boleh, sama saja di dalam sembahyang
ataupun di luar sembahyang. Jika dia membaca Al-Qur’an dalam sembahyang dengan
selain bahasa Arab, maka sembahyangnya tidak sah. Ini adalah madzhab kami dan
madzhab Imam Malik, Ahmad, Dawud dan Abu Bakar Ibnul Mundzir. Sedangkan Abu
Hanifah berkata: “Diharuskan membaca dengan selain bahasa Arab dan
sembahyangnya sah.”
Abu
Yusuf dan Muhammad berkata: “Boleh bagi orang yang tidak baik bahasa Arabnya
dan tidak boleh bagi orang yang boleh membaca bahasa Arab dengan baik.”
Masalah ke-42:
Diharuskan
membaca Al-Qur’an dengan tujuh qiraat seperti bacaan yang disetujui. Dan tidak
boleh dengan selain yang tujuh bacaan itu dan tidak pula dengan riwayat-riwayat
asing yang ditulis (diambil) dari ketujuh ahli qiraah itu.
Akan
dijelaskan dalam bahagian ketujuh InsyaAllah swt berkenaan dengan kesepakatan
para fuqaha untuk menyuruh bertaubat bagi orang yang membaca dengan bahasa
asing apabila dia membacanya demikian. Sahabat kami dan lainnya berkata:
“Sekiranya membaca dengan bahasa asing di dalam sembahyang, batallah
sembahyangnya jika dia mengetahui. Jika tidak mengetahui, maka tidak batal
sembahyangnya dan tidak dikira bacaan itu baginya.”
Imam
Abu Umar bin Andul Bar Al-Hafizh telah menulis jima’ul muslimin. Bahawa tidak
boleh membaca dengan bacaan yang asing (syadz) dan tidak boleh sembahyang di
belakang orang yang membaca dengan bacaan syadz. Para ulama berkata:
“Barangsiapa membaca dengan bacaan syadz sedang dia tidak mengetahuinya atau
tidak mengetahui pengharamannya, maka dia diberitahu tentang hal itu. Jika
kembali melakukannya atau dia mengetahui bacaan syadz itu, maka dia pun dihukum
dengan keras hingga berhenti melakukannya.”
Setiap
orang yang sanggup menegur dan mencegahnya wajib menegur dan mencegahnya.
Masalah ke-43:
Jika
dia memulai dengan bacaan salah seorang ahli qiraah, maka hendaknya dia tetap
dalam qiraah itu selama bacaannya berkaitan dengannya. Kalau hubungannya
berakhir, dia boleh membaca dengan bacaan salah seorang dari ketujuh qari (yang
mahir mambaca) Al-Qur’an. Pendapat yang lebih utama adalah tetap dalam keadaan
pertama di majlis itu.
Masalah ke-44:
Para
ulama berkata: “Pendapat yang lebih terpilih adalah membaca menurut tertib
Mushaf, maka dia baca Al-Fatihah, kemudian Al-Baqarah, kemudian Ali-Imran,
kemudian surah-surah sesudahnya menurut tertibnya, sama saja dia membaca dalam
sembahyang atau di luarnya. Salah seorang sahabat kami mengatakan: “Jika dia
membaca pada rakaat pertama surah Qul A’Udzu bi rabbin Naas, maka dia baca ayat
sesudah Al-Fatihah dari surah AlBaqarah.”
Salah
seoang sahabat kami berkata: Disunahkan jika membaca suatu surah agar membaca
surah berikutnya. Dalil ini ialah bahawa tertib Mushaf dijadikan demikian
kerana mengandung suatu hikmah. Maka patutlah dia memeliharanya, kecuali
sesuatu yang telah ditentukan dalam syarak yang merupakan pengecualian, seperti
sembahyang Subuh pada hari Jumaat.
Rakaat
pertama dalam sembahyang Subuh membaca surah As-Sajadah dan rakaat kedua surah
Al-Insan. Dan sembahyang Hari Raya pada rakaat pertama membaca surah Qaaf dan
rakaat kedua membaca surah Iqtarabatis saa’atu.
Dalam
dua rakaat sembahyang sunat Fajar, pada rakaat pertama membaca surah Qulyaa
ayyuhal kaafiruun dan rakaat kedua membaca Qul huwAllah hu Ahad. Dan tiga
rakaat sembahyang witir, pada rakaat pertama, membaca surah Al-A’laa dan pada
rakaat kedua membaca surah Qul yaa ayyuhal Kaafiruun dan pada rakaat ketiga
membaca, Qul Huwallahu Ahad dan Al-Mu’awwidzatain.
Sekiranya
tidak berturutan dengan membaca surah yang bukan surah berikutnya atau
menyalahi tertib dan membaca suatu surah, kemudian membaca surah sebelumnya,
hal itu diharuskan. Banyak athar diriwayatkan berkenaan dengan perkara
tersebut.
Umar
Ibnul Khattab ra. telah membaca surah Al-Kahfi pada rakaat pertama sembahyang
Subuh dan surah Yusuf pada rakaat kedua. Bagaimanapun, sejumlah ulama tidak
menyukai jika menyalahi tertib Mushaf.
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud dari Al-Hasan, bahawa dia tidak suka membaca Al-Qur’an
kecuali menurut tertibnya dalam Mushaf. Dan dia meriwayatkan dengan isnadnya
yang shahih dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawa dikatakan kepadanya: “Si fulan
membaca Al-Qur’an terbalik, bagaimana pendapatmu?” Abdullah menjawab: “Orang
itu terbalik hatinya.”
Sementara
membaca surah mulai dari akhir hingga awalnya, dilarang dengan tegas. Kerana
perbuatan itu menghilangkan berbagai-bagai I’jaaz dan hikmah dari tertibnya
ayat-ayat. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Ibrahim An-Nakha’I seorang
imam tabi’in yang mulia dan Imam Malik bin Anas bahawa keduanya tidak menyukai
hal itu. Malik mencela perbuatan itu dan berkata: “Ini dosa besar.” Manakala
mengajari anak-anak kecil dari akhir Mushaf hingga awalnya, maka itu adalah
baik dan bukan termasuk bahagian ini. Sesungguhnya itu adalah bacaan untuk
hari-hari yang berbeza-beza di samping memudahkan mereka menghafaznya.
Wallahua’lam.
Masalah ke-45:
Membaca
Al-Qur’an dari Mushaf lebih utama dari pada membacanya dengan hafalan kerana
memandang dalam Mushaf adalah ibadah yang diperintahkan, maka berkumpullah
bacaan dan pandangan itu. AL-Qadhi Husain dan Abu Hamid Al-Ghazali menulis
dalam Al-Ihya bahawa banyak sahabat Nabi saw dulu membaca dari Mushaf. Mereka
tidak suka keluar suatu hari tanpa memandang ke dalam Mushaf. Diriwayatkan oleh
Ibnu Abi Dawud pembacaan dalam Mushaf dari banyak ulama Salaf dan saya tidak
melihat adanya perselisihan berkenaan dengan perkara tersebut.
Seandainya
dikatakan: “Hal itu berbeza-beza menurut orangorangnya, maka dipilihlah
pembacaan dalam Mushaf bagi orang yang sama kekhusyukan dan perenungannya dalam
kedua keadaan yaitu membaca dalam Mushaf dan dengan hafalan. Dan dipilih
pembacaan dengan hafalan bagi siapa yang tidak boleh khusyuk jika membaca
dengan Mushaf dan dipilih membaca dalam Mushaf jika kekhusyukan dan
perhatiannya bertambah, ini pendapat yang baik. Hal yang jelas pendapat ulama
Salaf dan perbuatan mereka diertikan menurut perincian ini.
Masalah ke-46:
Anjuran
membaca Al-Qur’an oleh jemaah secara bersama-sama dan keutamaan bagi
orang-orang yang membaca bersama-sama dan yang mendengarkannya serta keutamaan
orang yang mengumpulkan, mendorong dan menganjurkan mereka melakukan hal itu.
Ingatlah
bahawa membaca Al-Qur’an oleh jemaah secara bersama adalah mestahab berdasarkan
dalil-dalil yang jelas dan perbuatan-perbuatan ulama Salaf dan Khalaf secara
jelas. Diriwayatkan dari Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw bahawa
Baginda bersabda:
Terjemahan:
“Tidaklah suatu kaum menyebut nama Allah swt bersama-sama, kecuali mereka
dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat dan turun ketenangan ke atas
mereka serta Allah swt menyebut mereka di antara para malaikatnya di sisi-Nya.”
(Riwayat Tirmidzi dan dia berkata, hadith ini hasan shahih)
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah ra dari Nabi saw sabdanya:
Terjemahan:
“Dan tidaklah suatu kaum berkumpul dalam salah satu rumah Allah swt dengan
membaca Kitabullah dan mengkajinya di antara mereka, kecuali turun ketenangan
di antara mereka dan mereka diliputi rahnmat serta dikelilingi malaikat dan
Allah swt menyebut mereka di antara para malaikat di sisi-Nya.” (Riwayat Muslim
dan Abu Dawud dengan isnad shahih berdasarkan syarah Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan
dari Mu’awiyah ra:
Terjemahan:
“Sesungguhnya Rasulullah saw keluar menemui sekelompok sahabatnya. Beliau
berkata, ‘Untuk apa kamu duduk?’ Mereka menjawab” ‘Kami duduk untuk menyebut
nama Allah swt dan memuji-Nya kerana Dia memberikan petunjuk dan
menganugerahkan Islam kepada kami.’ Kemudian Nabi saw bersabda, ‘Jibril as
datang kepada kami, kemudian memberitahu aku bahawa Allah swt membanggakan kamu
kepada para malaikat.” (Riwayat Tirmidzi dan Nasa’i. Tirmidzi berkata: hadith
hasan sahih)
Hadith-hadith
berkenaan dengan perkara tersebut banyak jumlahnya. Ad-Darimi meriwayatkan
dengan isnadnya dari Ibnu Abas ra katanya:
Terjemahan:
“Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitabullah (AlQur’an), maka ayat itu
menjadi cahaya baginya.”
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud ra, sesungguhnya Abu Darda’ tadarrus (membaca Al-Qur’an
secara bersama-sama) dengan beberapa orang yang membaca bersama-sama. Ibnu Abi
Dawud meriwayatkan tadarrus AlQur’an bersama-sama secara berjemaah merupakan
keutamaan-keutamaan ulama Salaf dan Khalaf serta para qadhi dan Al-Auza’I
bahawa keduanya berkata: “Orang yang pertama-tama mengadakan tadarrus Al-Qur’an
di masjid Damsyiq adalah Hisyam bin Ismail ketika pemerintahan Abu Muluk."
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud dari Adh-Dhahak bin Abdurrahman bin Arzab: “Bahawa dia
mengingkari pengajian itu.” Dia berkata: “Aku tidak pernah melihat dan tidak
pernah mendengar dan aku telah mendapati para sahabat Rasulullah saw yakni
tidak kulihat seorang pun melakukannya.”
Diriwayatkan
dari Wahab, katanya: “Aku berkata kepada Malik, tidakkah engkau pernah melihat
orang-orang yang berkumpul dan membaca bersama-sama suatu surah hingga
mengkhatamkannya?” Maka dia mengingkari dan berkata: “Bukanlah demikian yang
dilakukan mereka, tetapi seseorang membacakan kepada orang lain.”
Pengingkaran
kedua orang itu bertentangan dengan apa yang diyakini bersama oleh ulama Salaf
dan Khalaf dan berdasarkan dalil yang mendukungnya. Maka anggapan itu
ditinggalkan dan yang diambil kira adalah pendapat yang menganjurkannya.
Bagiamanapun membaca AlQur’an secara berjemaah (dalam keadaan berkumpul)
mempunyai syaratsyarat tertentu seperti yang akan saya kemukakan dan patut
diperhatikan. Wallahua’lam.
Sementara
keutamaan orang yang mengumpulkan mereka untuk membaca Al-Qur’an, maka di
dalamnya terdapat banyak nas seperti sabda Nabi saw:
Terjemahan:
“Orang yang menunjukkan kepada kebaikan adalah seperti pelakunya.”
Dan
sabda Nabi saw:
Terjemahan:
“Demi Allah, seorang yang diberi petunjuk oleh Allah swt dengan perantaraan
lebih baik bagimu daripada unta merah.”
Hadith-hadith
berkenaan dengan perkara tersebut banyak dan mahsyur. Allah swt telah
berfirman:
“Dan
hendaklah kamu saling menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (QS Al-Maidah
5:2)
Tidak
ada keraguan berkenaan dengan besarnya pahala orang yang mengusahakan hal itu.
Masalah ke-47:
Membaca
Al-Qur’an sambung-menyambung secara bergantian. Maksudnya adalah sejumlah orang
berkumpul, setengah dari mereka membaca sepuluh ayat atau sebahagian atau
selain itu, kemudian diam dan lainnya meneruskan bacaan, kemudian lainnya lagi.
Ini boleh dilakukan dan baik. Malik Rahimahullah telah ditanya dan dia
menjawab: “Tidak ada masalah dengannya.”
Masalah ke-48:
Membaca
Al-Qur’an dengan suara kuat. Ini merupakan fasal yang penting dan patut
diperhatikan. Ingatlah bahawa banyak hadith dalam kitab sahih dan lainnya
menunjukkan anjuran menguatkan suara ketika membaca. Terdapat beberapa athar
yang menunjukkan anjuran memperlahankan (merendahkan) suara, di antaranya akan
saya sebutkan, insya-Allah .
Imam
Abu Hamid Al-Ghazali dan ulama lainnya menyatakan, cara menggabungkan antara
hadith-hadith dan athar-athar berkenaan dengan ini ialah bahawa memperlahankan
suara lebih jauh dari riak. Merendahkan suara lebih utama bagi orang yang takut
berbuat riak. Jika tidak takut berbuat riak, maka menguatkan suara lebih baik
kerana lebih banyak diamalkan dan berfaedah meluas kepada orang lain.
Maka
dengan demikian lebih baik daripada yang hanya berkenaan dengan diri sendiri.
Dan kerana bacaan dengan suara kuat menggugah hati pembaca dan menyatukan
keinginannnya untuk memikirkan dan mengarahkan pendengarannya kepadanya,
mengusir tidur, manambah kegiatan dan menggugah orang lain yang tidur dan orang
yang lalai serta menggiatkannya.
Mereka
berkata: “Meskipun keutamaan tersebut bergantung pada niatnya, namun menguatkan
suara jauh lebih baik, jika niat-niat ini berkumpul, maka pahalanya berlipat
ganda.
Al-Ghazali
berkata: “Justeru, kami katakan:
“Membaca
di dalam Mushaf lebih baik, ini adalah hukum masalahnya.”
Banyak
athar yang menulis berkenaan dengan perkara tersebut dan saya kemukakan
sebahagian daripadanya. Diriwayatkan dalam kitab sahih dari Abu Hurairah ra
katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Terjemahan:
“Tidaklah Allah mendengar sesuatu seperti yang di dengar-Nya dari seorang Nabi
yang bagus suaranya melagukan Al-Qur’an dan menguatkan suaranya.” (Riwayat
Bukhari & Muslim)
Perkataan
“mendengar” itu adalah isyarat kepada keridhaan dan penerimaan. Diriwayatkan
dari Abu Musa Al-Asy’ari ra bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:
Terjemahan:
“Engkau telah diberi seruling dari seruling-seruling keluarga Dawud.” (Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dalam
suatu riwayat Muslim disebutkan bahawa Rasulullah saw berkata kepadanya:
Terjemahan:
“Aku bermimpi mendengar bacaanmu semalam.” (Riwayat Muslim)
Dia
meriwayatkannya dari Barid Ibnu Ak-Khushaib.
Diriwayatkan
dari Fudhalah bin Ubaid ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:
Terjemahan:
“Sungguh Allah lebih mendengar orang yang membaca Al-Qur’an dengan suara yang
merdu daripada pemilik hamba perempuan kepada hamba perempuannya.” (Riwayat
Ibnu Majah)
Diriwayatkan
dari Abu Musa pula, katanya: Rasulullah saw bersabda:
Terjemahan:
“Sungguh aku mengenal suara rombongan AlAsy’ariyyin waktu malam ketika mereka
masuk dan aku mengenal tempattempat mereka dari suara mereka ketika membaca
Al-Qur’an waktu malam, meskipun aku tidak melihat tempat-tempat mereka ketika
mereka berhenti pada waktu siang.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan
dari Al-Bara’ bin Azib ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:
Terjemahan:
“Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.” (Riwayat Abu Dawud Nasa’i dan lainnya)
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud dari Ali ra bahawa dia mendengar suara orang-orang membaca
Al-Qur’an di dalam masjid, kemudian dia berkata: “Beruntunglah mereka ini.
Mereka orang-orang yang paling disukai Rasulullah saw.”
Terdapat
banyak hadith berkenaan dengan membaca Al-Qur’an dengan suara kuat. Manakala
athar-athar tentang perkataan dan perbuatan para sahabat dan tabi’in, maka
jumlahnya tidak terhitung banyaknya dan amat mahsyur. Semua ini berkenaan
dengan orang yang tidak takut riak dan tiak takut menyombongkan diri ataupun
perbuatan-perbuatan buruk lainnya serta tidak menganggagu jemaah kerana
mengacaukan sembahyang mereka dan mengelirukannya.
Telah
dituliskan dari jemaah Salaf bahawa mereka lebih suka memperlahankan suara
kerana takut apa yang kita sebutkan itu.
Diriwayatkan
dari Al-A’Masy, katanya: “Aku masuk ke rumah Ibrahim yang sedang membaca Mushaf
Al-Qur’an. Kemudian seorang lelaki minta izin kepadanya, lalu dia menutupinya
sambil berkata: “Jangan sampai orang itu mengetahui kalau aku membacanya setiap
masa.”
Diriwayatkan
dari Abu Al-‘Aliyah, katanya: “Aku duduk bersama para sahabat Rasulullah saw.
Salah seorang dari mereka berkata, ‘Semalam aku membaca dari sini.’ Maka mereka
berkata, ‘Itu bahagian kamu.”
Dia
berdalil kepada mereka ini dengan hadith Uqbah bin Amir ra, katanya: Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda:
Terjemahan:
“Orang yang membaca Al-Qur’an dengan suara yang kuat seperti orang yang
bersedekah terang-terangan dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan diam-diam
seperti orang yang bersedekah dengan diam-diam.” (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi
dan Nasa’i)
Tirmidzi
menyatakan bahawa hadith tersebut adalah hadith hasan, katanya: “Maksudnya
ialah orang yang membaca Al-Qur’an dengan diamdiam lebih baik daripada orang
yang membacanya dengan suara kuat. Sebab sedekah dengan diam-diam lebik baik
menurut ahli ilmu daripada sedekah secara terang-terangan.”
Dia
menyatakan, makna hadith ini menurut ahli ilmu adalah supaya orang terhindar
dari kesombongan atas dirinya sebagaimana diragukan atasnya jika melakukannya
dengan terang-terangan.
Saya
katakan, semua itu sesuai dengan penjelasan yang telah saya jelaskan secara
terperinci di awal fasal ini. Jika takut mengalami sesuatu yang tidak
diinginkan dengan sebab menguatkan suara, maka janganlah menguatkan suara. Jika
tidak takut mengalami hal itu, diutamakan menguatkan suara. Jika bacaan
dilakukan oleh jemaah secara bersama-sama, maka diutamakan sekali agar
menguatkan suara berdasarkan alasan yang kemudian dan kerana cara itu
bermanfaat bagi orang lain. Wallahua’lam.
Masalah ke-49:
Sunah
mengindahkan suara pada waktu membaca Al-Qur’an. Para ulama Salaf dan Khalaf
daripada sahabat dan tabi’in serta para ulama Anshar (Baghdad, Bashrah dan
Madinah) dan imam-imam muslimin sependapat dengan sunahnya mengindahkan suara
ketika membaca Al-Qur’an. Perkataan dan perbuatan mereka berkenaan dengan
perkara tersebut amat mahsyur, maka kami tidak perlu memetik sesuatu pun
satu-persatunya. Dalil-dalil berkenaan dengan perkara tersebut sudah dimaklumi
orang-orang terkemuka ataupun orang awam. Antara lain seperti hadith berikut
ini:
Terjemahan:
“Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.”
Terjemahan:
“Orang ini telah diberi seruling.”
Atau
hadith yang artinya: “Tidak Allah mendengar….” dan hadith: “Sungguh Allah lebih
mendengar….”
Kesemuanya
telah dikemukakan dalam bab terdahulu. Demikian pula berkenaan dengan keutamaan
tartil pada hadith Abdullah bin Mughaffal, berkenaan dengan membaca Al-Qur’an
oleh Nabi saw dengan perlahan-lahan. Dan seperti hadith Sa’ad bin Abi Waqqash
dan hadith Abu Lubabah ra bahawa Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa
tidak melagukan Al-Qur’an, maka dia bukan dari golongan kami.” (Riwayat Abu
Dawud)
Berkenaan
dengan isnad Sa’ad terdapat perselisihan yang tidak sampai mengganggu.
Majoriti
ulama berkata: “Tidak melagukan” ertinya “tidak mengindahkan suaranya.”
Begitu
juga hadith daripada Al-Barra’ ra artinya:
“Aku
mendengar Rasulullah saw membaca dalam sembahyang Isyak surah Wattiini
waz-zaitun dan aku tidak mendengar seorang pun yang lebih bagus suaranya
daripada Baginda.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Para
ulama berkata: “Sunah membaca Al-Qur’an dengan suara yang bagus dan tertib
selama tidak melampaui batas. Jika sampai malampui batas hingga menambah atau
menyembunyikan satu huruf, maka perbuatan itu haram. Manakala membaca dengn
lahn (irama/pelat), maka Asy-Syafi’i rahimahullah berkata dalam suatu pendapat:
“Aku tidak menyukainya.”
Para
sahabat kami menyatakan itu bukan dua pendapat, tetapi ada perincian berkenaan
dengannya. Jika keterlaluan sehingga melampaui batas, itulah yang tidak
disukainya, jika tidak sampai melampaui batas maka tidak makruh.
Imam
Al-Mawardi berkata dalam kitabnya Al-Haawi berkata: “Membaca dengan lahn
(irama/pelat) yang dibuat-buat, jika mengeluarkan lafaz Al-Qur’an dari
bentuknya dengan memasukkan harakat-harakat di dalamnya atau mengeluarkan
harakat-harakat daripadanya atau memendekkan yang panjang dan memanjangkan yang
pendek atau memanjangkan hingga menyembunyikan sebahagian lafaznya dan
menyamakan ertinya, maka perbuatan itu haram dan pembacanya menjadi fasik serta
orang yang mendengarnya pun ikut berdosa. Kerana itu bermakna ia mengalihkannya
dari jalan yang lurus ke jalan yang bengkok.”
Allah
berfirman:
Terjemahan:
“Al-Qur’an dalam bahasa Arab yang tidak kebengkokan (di dalamnya)….” (Aurat
Az-Zumar: 28)
Al
Mawardi berkata: “Jika tidak sampai terjadi lahn yang keluar dari lafaznya dan
membacanya secara tartil, maka dibenarkan kerana lahnnya itu menambah
kebagusannya.” Ini adalah pendapat Qadhil Qudrat.
Seperti
halnya membacaan dengan lahn yang diharamkan, adalah musibah bagi sebahagian
orang bodoh dan jahil yang membacanya untuk jenazah dan di sebahagian majlis.
Ini adalah bid’ah haram dan setiap pendengarnya adalah sebagaimana dikatakan
oleh Al-Mawardi. Demikian jugalah setiap orang yang sanggup menghilangkan atau
melarangnya berdosa jika tidak melakukannya. Saya telah berusaha sekuat tenaga
ketika membuat itu dan berharap dari anugerah Allah Yang Maha Pemurah agar
memberikan petunjuk untuk menghilangkannya dari orang yang demikian itu dan
menjadikannya dalam kesembuhan.
Asy-Syafi’i
berkata dalam Mukhtasar Al-Muzani, bahawa dia indahkan suaranya dengan cara
apapun ketika membaca Al-Qur’an, dia berkata: “Cara yang lebih baik adalah
membaca dengan perlahan-lahan dan suara lembut.”
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud dengan isnadnya dari Abu Hurairah ra bahawa dia membaca
“Idzasy-syamsu kuwwirat” dengan suara lembut seperti meratap.
Dalam
Sunan Abu Dawud, dikatakan kepada Ibnu Abi Mulaikah: “Bagaimana pendapatmu jika
suaranya tidak bagus?” Dia menjawab: “Hendaklah dia elokkan suaranya sedapat
mungkin.”
Masalah ke-50:
Sunah
mencari guru Al-Qur’an yang baik dan bagus suaranya. Ingatlah bahawa para
jemaah ulama Salaf, meminta para pembaca Al-Qur’an yang bersuara bagus agar
membacanya sedang mereka mendengarnya. Anjuran melakukan ini disetujui oleh
para ulama dan itu adalah kebiasaan orang-orang baik dan ahli ibadah serta
hamba-hamba Allah Yang soleh. Perbuatan itu adalah sunnah dari Rasulullah saw.
Diriwayatkan
dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya: “Rasulullah saw berkata kepadaku,
‘Bacakanlah Al-Qur’an kepadaku.’ Aku berkata, ‘Ya Rasulullah, apakah aku wajar
membaca Al-Qur’an untukmu sedang kepadamu ia diberitakan?’ Nabi saw menjawab,
‘Sesungguhnya aku ingin mendengarnya dari orang lain.’ Kemudian aku bacakan
kepadanya An-Nisa’ hingga ketika sampai pada ayat ini:
Terjemahan:
“Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan
seorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad)
sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).” (QS An-Nisa 4:41)
Beliau
kemudian berkata, ‘Cukuplah bagimu sekarang.’ Kemudian aku menoleh kepadanya.
Ternyata kedua matanya berlinang air mata.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan
oleh Ad-Darimi dan lainnya dengan sanad-sanad mereka dari Umar Ibnu Al-Khattab
ra bahawa dia berkata kepada Abu Musa Al-Asy’ari: “Ingatlah kami kepada Tuhan
kamu.” Kemudian Abu Musa membaca Al-Qur’an di dekatnya. Athar-athar berkenaan
dengan hal ini sudah dimaklumi. Telah meninggal dunia sejumlah orang soleh
dengan sebab membaca Al-Qur’an oleh orang yang mereka minta untuk
membacakannnya. Wallahua’lam.
Para
ulama telah menganjurkan agar memulai majlis hadith Nabi saw dan
mengkhatamkannya dengan bacaan sebahagian ayat-ayat Al-Qur’an oleh pembaca yang
bagus suaranya. Kemudian, pembaca di tempat-tempat ini, hendaklah membaca
ayat-ayat yang sesuai dengan majlisnya.
Hendaklah
dia membaca ayat-ayat yang membangkitkan harapan dan menimbulkan rasa takut,
mengandung nasihat-nasihat, menyebabkan zuhud terhadap keduniaan, menimbulkan
kesukaan kepada akhirat dan persiapan untuknya serta pendek angan-angan dan
kemuliaan budi pekerti.
Masalah ke-51:
Jika
pembaca memulai dari tengah surah atau berhenti di tempat yang bukan akhirnya,
agar memulai permulaan kalam yang saling berkaitan antara satu sama lain (dan
berhenti pada kalam berkenaan), serta tidak terikat dengan bahagian-bahagiannya
kerana boleh terjadi di tengah kalam yang berhubungan seperti bahagian (juzuk)
yang terdapat dalam Firman Allah swt:
“Dan
(haram juga kamu mengawini) wanita yang bersuami…” (QS An-Nisa 4:24)
Dan
firman Allah swt:
Terjemahan:
“Dan aku tidak membebaskan driku (dari kesalahan)…” (QS Yusuf 12:53)
Terjemahan:
“Maka tidak lain jawapan kaumnya….” (QS An-Naml 27:56)
Terjemahan:
“Dan barangsiapa di antara kamu sekalian (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada
Allah swt dan Rasul-Nya….” (QS Al-Ahzab 33:31)
Dan
firman Allah swt:
Terjemahan:
“Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal dunia) suatu
pasukan pun dari langit….” (QS Yaasin 36:28)
Terjemahan:
“Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang kiamat….” (QS Fushshilat 41:47)
Terjemahan:
“Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat….”
(QS Az-Zumar 9:48)
Terjemahan:
“Ibrahim bertanya, ‘Apakah urusanmu, wahai para utusan.’” (QS Adz-Dzaariyaat
51: 31)
Demikian
jugalah dalam firman Allah swt:
Terjemahan:
“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah swt dalam beberapa hari yang
tertentu….” (QS Al-Baqarah 2:203)
Terjemahan:
“Katakanlah, ‘Ingatlah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang
demikian itu….” (QS Ali-Imran 3:15)
Maka
semua itu dan yang seumpamanya, sepatutnya pembaca AlQur’an tidak memulai
dengannya dan tidak berhenti di situ kerana itu berkaitan dengan yang
sebelumnya. Janganlah keliru kerana banyaknya pembaca yang lalai dan tidak
memperhatikan adab-adab ini dan tidak pula memikirkan makna-maknanya.
Ikutilah
pendapat yang diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdillah dengan isnadnya dari
As-Sayyid yang mulai Al-Fudhail bin ‘Iyadh ra katanya: “Janganlah merasa
kesepian di jalan kebenaran kerana sedikit pengikutnya dan jangan terpedaya
dengan banyaknya orang yang rosak dan janganlah mengganggumu kerana kurangnya
orang-orang yang menempuhnya.”
Untuk
makna inilah para ulama berkata: “Membaca suatu surah yang pendek secara
lengkap lebih baik daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah
pendek kerana kadang-kadang sebahagian orang tidak mengetahui hubungannya dalam
sebahagian keadaan.”
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail ra. seorang
tabi’in terkenal, katanya: “Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan
meninggalkan sebahagiannya.”
Masalah ke-52:
Makruh
membaca Al-Qur’an dalam beberapa keadaan. Ingatlah bahawa membaca Al-Qur’an
disunahkan secara mutlak, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu dilarang oleh
syarak. Saya sebutkan sebahagian yang saya ingat secara ringkas tanpa menyebut
dalil-dalilnya kerana cukup mahsyur.
Makruh
membaca Al-Qur’an dalam keadaan rukuk, sujud dan tasyahud serta keadaan-keadaan
sembahyang lainnya, kecuali jika berdiri. Makruh membaca lebih dari Al-Fatihah
bagi makmum dalam keadaan sembahyang yang dikeraskan bacaannya jika dia
mendengar bacaan imam. Dan makruh pula membacanya dalam keadaan duduk di tempat
buang hajat dan dalam keadaan mengantuk. Juga dihukumkan makruh mambacanya jika
menemui kesukaran, demikian pula dalam keadaan khutbah bagi orang yang
mendengarnya.
Tidaklah
dihukumkan makruh bagi orang yang tidak mendengarnya, bahkan diutamakan untuk
membacanya.
Inilah
pendapat yang terpilih dan sahih.
Diriwayatkan
daripada Thawus berkenaan dengan hukum makruhnya dan Ibrahim berpendapat tidak
makruh. Boleh digabung antara kedua pendapat itu dengan apa yang kami katakan
sebagaimana disebutkan oleh sahabat kami.
Tidak
makruh membaca Al-Qur’an ketika tawaf. Ini adalah mazhab kami dan mazhab
sebahagian besar ulama. Ibnu Mundzir menceritakannnya dari ‘Atha’, Mujahid,
Ibnul Mubarak, Abu Thaur dan Ashabur Ra’yi.
Diceritakan
dari Hasan Al-Bashri, Urwah bin Zubair dan Malik, mengenai makruhnya membaca
Al-Qur’an ketika thawaf. Pendapat yang lebih sahih adalah pendapat pertama.
Telah dijelaskan sebelumnya tentang perselisihan berkenaan dengan membaca
Al-Qur’an di tempat mandi dan di jalan serta orang yang di mulutnya ada najis.
Masalah ke-53:
Termasuk
bid’ah-bid’ah apa yang dilakukan oleh orang-orng bodoh yang mengimani orang
banyak dalam sembahyang Tarawih ketika membaca surat Al-An’aam pada rakaat
terakhir pada malam ketujuh dengan menyakini bahwa hal itu mustahab (sunah).
Maka
mereka kumpulkn hal-hal yang tercela, antara lain menyakininya sebagai mustahab
dan menyebabkan orang awam beranggapan seperti itu. Di antaranya menjadikan
rakaat kedua lebih panjang dari rakaat pertama, sedangkan yang sunah adalah
memanjangkan rakaat pertama.
Diantaranya
memanjangkan sembahyang terhadap para makmum. Juga bacaan surat yang amat laju.
Termasuk
bid’ah-bid’ah yang menyerupai ini adalah pembacaan sajdah dalam sembahyang
Subuh hari Jumaat, tetapi nukan sajdah Alif Laam Mim Tanziil. Sedangakan yang
sunah adalah membaca Alif Laam Mim Berita pada rakaat pertama dan surat Hal
Ataa pada rakaat kedua.
BAB 6 ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR’AN I
Reviewed by suqamuslim
on
Mei 14, 2018
Rating:
Tidak ada komentar: