Sebenarnya
adab-adab ini sudah saya kemukakan sebagiannya pada bagian yang sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak ada salahnya mengulanginya sekali lagi di sini.
Diantara
adab-adab menghafaz Al-Qur’an ialah: Dia mesti berada dalam keadaan paling
sempurna dan perilaku paling mulia, hendaklah dia menjauhkan dirinya dari
segala sesuatu yang dilarang Al-Qur’an, hendaklah dia terpelihara dari
pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa
yang sombong dan pencinta dunia yang jahat, merendahkan diri kepada orang-orang
sholeh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin, hendaklah dia seorang yang khusyuk
memiliki ketenangan dan wibawa.
Diriwayatkan
daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata: “Wahai para qari (yang
mahir membaca) Al-Qur’an, angkatlah kepalamu! Jalan telah jelas bagimu dan
berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah kamu menggantungkan diri
kepada orang lain.”
Diriwayatkan
dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya: “Hendaklah penghafaz Al-Qur’an
menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur’an ketika orang lain sedang tidur
dan siang harinya ketika orang lain sedang berbuka. Hendaklah dia bersedih
ketika orang lain bergembira dan menangis ketika orang lain tertawa, berdiam
diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain
membanggakan diri.”
Diriwayatkan
dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya: “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu,
menganggap Al-Qur’an sebagai surat-surat dari Tuhan mereka. Maka mereka
merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”
Diriwayatkan
dari Al-Fuadhai bin Iyadh, katanya: “Penghafaz AlQur’an tidak boleh meminta
keperluannya dari seorang khalifah (penguasa) dan dari orang yang berada di
bawah kekuasaannya.”
Diriwayatkan
dari Al-Fudhai juga, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an adalam pembawa bendera
Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang yang bermain dan lupa bersama
orang yang lupa, serta tidak berbicara yang sia-sia dengan kawannya untuk
mengagungkan Al-Qur’an.”
Masalah ke-23:
Hal
yang perlu diberi penekanan dari apa yang diperintahkan kepada penghafaz
Al-Qur’an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Qur’an
sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya. Diriwayatkan dari
Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Bacalah Al-Qur’an dan jangan menggunakannya untuk mencari makan, jangan
mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan jangan melampaui batas di
dalamnya.”
Diriwayatkan
dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w: “Bacalah Al-Qur’an sebelum datang suatu kaum
yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah dengan terburu-buru dan mereka
tidak mengharapkan hasilnya di masa depan." (Riwayat Abu Dawud)
Dia
meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa’ad, artinya mereka
mengharapkan upahnya dengan segera berupa uang atau kemasyuran dan sebagainya.
Diriwayatkan
dari Fudhai bin Amrin ra, katanya: “Dua orang sahabat Rasulullah s.a.w memasuki
satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca
beberapa ayat dari Al-Qur’an, kemudian dia meminta upah. Salah seorang dari
keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un.’”
Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang suatu kaum yang meminta upah
kerana membaca Al-Qur’an. Maka siapa yang meminta upah kerana membaca
Al-Qur’an, janganlah kamu memberinya.”
Isnad
hadits ini terputus kerana Al-Fudhai bin Amrin tidak mendengar dari sahabat.
Sementara
mengambil upah kerana mengajar Al-Qur’an, maka para ulama berlainan pendapat.
Imam
Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah kerana membaca
Al-Qur’an dari sejumlah ulama, di antaranya AzZuhri dan Abu Hanifah. Sejumlah
ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak mesyaratkannya, iaitu pendapat
Hasan Bashri, Sya’bi dan lainnya berpendaapat boleh mengambil upah. Jika
menyinggung dan dengan akad yang benar, ada hadits sahih yang mengharuskannya
kerana telah kerana telah ada hadits-hadits sahih yang mengharuskannya.
Ulama
yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit bahawa dia
mengajarkan Al-Qur’an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah, kemudia
dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya:
Terjemahan:
“Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu, maka terimalah hadiah
itu.” Hadits itu adalah hadits masyur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan
lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak athar dari ulama Salaf.
Para
ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab tentang hadits
Ubadah itu dengan dua jawapan:
a)
Bahawa dalam isnad hadits itu ada masalah.
b)
Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia tidak berhak
mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda terima kasih, maka
dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan orang yang mengadakan
akad dengannya sebelum mengajar. Wallahu’alam.
Masalah ke-24:
Hendaklah
dia memelihara bacaan Al-Qur’an dan memperbanyak bacaanya. Ulama salaf
mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempo dan jangka masa
mengkhatamkan Al-Qur’an. Ibnu Abi Dawud meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf
bahawa mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala
setengah dari mereka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.
Setengah
dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya
mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak dari mereka
mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. setengahnya mengkhatamkannya dalam
setiap enam malam. Dsan ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima
malam.
Sedangkan
setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam setiap empat malam, setiap
tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah dari mereka mengkhatamkannya
sekali dalam sehari semalam.
Di
antara mereka ada yang mengkhatamkannya dua kali dalam sehari semalam dan ada
yeng tiga kali. Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali,
yaitu empat kali pada waktu malam dan empat kali pada waktu siang.
Diantara
orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin
Affan ra Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafi’i dan lainnya.
Diantara
orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin
umar ra Qadhi Mesir pada masa pemerintahan Mu’awiyyah.
Diriwayatkan
bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali dalam
semalam.
Diriwayatkan
oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam
Asy-Syeikh
Ash-Shahih Abu Abdurahman As-Salami ra berkata:
“Aku
mendengar Asy-Syeikh Abu Usman Al-Maghribi berkata, ‘Ibnu Khatib ra
mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu
malam.”
Ini
adalah jumlah terbanyak yang saya ketahui dalam sehari semalam.
Diriwayatkan
oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra,
seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an di antara waktu
Zuhur dan Ashar, kemudian mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada
bulan Ramadhan dua kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan
Ramadhan hingga berlalu seperempat malam.
Diriwayatkan
dari Manshur, katanya: “Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al-Qur’an di antara Maghrib
dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.”
Diriwayatkan
dari Ibrahim bin Said, katanya: “Ayahku duduk sambil melilitkan serbannya pada
badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya hingga selesai mengkhatamkan
Al-Qur’an.”
Sedangkan
orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak sekali hingga tidak
terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu ialah Usman bin Affan,
Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang mengkhatamkan dalam setiap rakaat
di Kaabah.
Manakala
yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, di antara mereka adalah
Usman bin Affan r.a: Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka’ab ra
Dan dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim
rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan orang-orangnya.
Barangsiapa
yang ingin merenungkan dan mempelajari dengan cermat, hendaklah dia membatasi
diri pada kadar yang menimbulkan pemahaman yang sempurna atas apa yang
dibacanya. Demikian jugalah siapa yang sibuk menyiarkan ilmu atau tugas-tugas
agama lainnya dan kemaslahatan kaum muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia
membatasi pada kadar tertentu sehingga tidak mengganggu apa yang wajib
dilakukannya.
Jika
kita belum termasuk ke peringkat yang di capai orang-orang yang disebut ini,
maka bolehlah kita memperbanyak membaca Al-Qur’an sedapat mungkin tanpa
menimbulakan kejemuan dan tidak terlalu cepat membacanya.
Sejumlah
ulama terdahulu tidak suka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam sehari semalam. Mereka
bertolak dari hadits sahih yang diriwayatkan Abdullah bin Amrin bin Al-Ash ra,
katanya: Rasulullah s.a.w bersada:
Terjemahan:
“Tidaklah orang yang membaca (mengkhatamkan) AlQur’an dalam waktu kurang dari
tiga hari.” (Riwayat Adu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I dan lainnya)
Tirmidzi
berkata, ini hadits hasan sahih. Wallahua’lam.
Sementara
waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang mengkhatamka Al-Qur’an dalam
seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Usman bin Affan ra
memulai membaca Al-Qur’an pada malam jumat dam mengkhatamkannya pada malam
Khamis.
Imam
Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya: “Cara yang lebih baik
ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada waktu siang dan
menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua rakaat fajar atau
sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada malam jumaat dalam dua
rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal siangnya berhadapan dengan
akhirnya.”
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abu Dawud dari Umar bin Murrah At-Tabi’I, katanya: “Mereka suka
mengkhatamkan Al-Qur’an dari awal malam atau dari awal siang.”
Diriwayatkan
dari Thalhah bin Musharif seorang At-Tabi’I Al-Jalil, katanya: “Barangsiapa
mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun pada waktu siang, maka para malaikat
mendoakan baginya sampai petang. Dan siapa yang mengkhatamkan Al-Qur’an pada
waktu manapun dari waktu malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai
pagi.” Diriwayatkan juga dari Mujahid hadits seperti itu.
Diriwayatkan
oleh Ad-Darimi dalam Msunadnya dengan isnadnya dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra
katanya: “Jika pengkhataman Al-Qur’an bertetapan dengan awal malam, maka para
malaikat mendoakan baginya sampai pagi. Dan apabila pengkhatamannya bertetapan
dengan akhir malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai petang.”
Ad-Darimi berkata, ini hadits hasan dari Sa’ad.
Diriwayatkan
dari Habib Abi Thabit seorang tabi’in bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an
sebelum rukuk. Ibnu Abi Dawud berkata, “Demikianlah dikatakan oleh Ahmad bin
Hanbal rahimahullah.”
Selanjutnya
fasal ini akan dikemukakan lagi pada bagian berikutnya, insya-Allah .
Masalah ke-25:
Memelihara
membaca Al-Qur’an pada waktu malam. Hendaklah seorang penghafaz Al-Qur’an lebih
banyak membaca Al-Qur’an pada waktu malam dan dalam sembahyang malam. Allah
berfirman:
Terjemahan:
“…diantara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca
ayat-ayat Allah s.w.t pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga
bersujud (sholat). Mereka beriman kepada Allah s.w.t dan hari penghabisan,
mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar dan bersegera
kepada (mengerjakan) berbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang
sholeh. (QS Ali Imran: 113-114)
Diriwayatkan
dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda
bersabda:
Terjemahan:
“Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah, seandainya di sembahyang pada waktu malam.”
Dalam
hadits lainnya dalam kitab Shahih disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan; dia kerjakan
sembahyang malam, kemudian meninggalkannya.”
Diriwayatkan
oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad ra dari Rasulullah s.a.w baginda
bersabda:
“Kemulian
orang mukmin adalah sembahyang di malam hari.”
Diriwayatkan
dari Ibrahim An-Nakha’I bahawa dia berkata: “Bacalah Al-Qur’an pada waktu
malam, walaupun lamanya seperti memerah susu kambing.” Diriwayatkan dari Yazid
Ar-Raqasyi, katanya: “Jika aku tidur, kemudian aku terbangun, kemudian aku
tidur, maka kedua mataku tidak dapat tidur.”
Saya
katakan: “Sesungguhnya sembahyang malam dan membaca AlQur’an ketika itu amat
diutamakan kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih jauh dari hal-hal yang
menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu ia lebih mampu menjaga dari riya’
dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab timbulnya kebaikan-kebaikan
pada waktu malam.”
Sesungguhnya
Isra’ Rasulullah s.a.w terjadi pada waktu malam. disebut di dalam hadits:
Terjemahan:
“Tuhanmu turun setiap malam ke langit dunia ketika berlalu sepertiga malam yang
awal, kemudian berkata: “Aku adalah Raja (2x), siapa yang memohon daripada-Ku
maka Aku perkenankan.”
Diriwayatkan
dalam hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Pada waktu malam ada suatu saat di mana Allah s.w.t mengabulkan doa setiap
malam.”
Diriwayatkan
oleh penulis Bahjatul Asraar dengan isnadnya dari Sulaiman Al-Anmathi, katanya:
“Aku pernah melihat Ali bin Abu Thalib ra dalam mimpi berkata:
“Kalau
bukan kerana orang yang sembahyang di malam hari dan lainnya puasa pada waktu
siang. Niscaya bumimu telah digoncangkan dari bawahmu kerana kamu kaum yang
buruk dan tidak taat.”
Ingatlah
bahawa keutamaan sembahyang malam dan membaca AlQur’an ketika itu akan
menghasilkan sesuatu dan tercapainya yang sedikit dan yang banyak. Semakin
banyak hal itu dilakukan, semakin baik, kecuali jika meliputi seluruh malam
kerana yang demikian itu makruh dan boleh membahayakan dirinya.
Hal
yang menunjukkan tercapainya keutamaan itu dengan amalan sedikit ialah hadits
Abdullah bin Amrin Ibnu Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Barangsiapa sembahyang malam dan membaca sepuluh ayat, dia tidak ditulis
(dimasukkan) kedalam golongan orang yang lalai. Barangsiapa yang sembahyang
dengan membaca seratus ayat, dia ditulis dalam golongan orang yang taat. Dan
barangsiapa yang sembahyang membaca seribu ayat, dia ditulis ke dalam golongan
orang yang berlaku adil.” (Riwayat Abu Dawud dan lainnya)
Ath-Tha’labi
menceritakan dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Barangsiapa sembahyang dua rakaat
pada waktu malam, lalu dia bermalam dalam keadaan sujud dan berdiri menghadap
Allah s.w.t.”
Masalah ke-26:
Perintah
memelihara Al-Qur’an dan peringatan agar tidak melupakannya. Diriwayatkan dari
Abu Musa Al-Asy’ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:
Terjemahan:
“Peliharalah Al-Qur’an ini. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di
tangan-Nya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatannya.” (Riwayat
Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan
dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Sesungguhnya perumpamaan penghafaz Al-Qur’an adalah seperti unta yang terikat.
Jika dia memperhatikan unta itu, dia boleh menahannya. Dan jika dilepaskan, ia
akan pergi.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan
dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga (pahala) kotoran yang
dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku.
Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar daripada surah atau ayat dari
Al-Qur’an yang dihafaz oleh seseorang, kemudian dilupakannya.” (Riwayat Abu
Dawud dan Tirmidzi)
Hadits
ini dipersoalkan darjat dan kedudukannya.
Diriwayatkan
dari Sa’ad bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda:
Terjemahan:
“Barangsiapa membaca Al-Qur’an, kemudian melupakannya, dia berjumpa dengan
Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat dalam keadaan sedih yang amat.” (Riwayat
Abu Dawud dan Ad-Darimi)
Masalah ke-27:
Orang
yang tertidur sebelum membaca wiridnya. Diriwayatkan dari Umar bin Al-Khatab
ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Terjemahan:
“Barangsiapa tertidur sebelum membaca hizibnya pada waktu malam atau sebagian
dari padanya, kemudian membacanya antara sembahyang Fajar dan sembahyang Zuhur,
maka dia ditulis seolah-olah membacanya pada waktu malam.” (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan
dari Sulaiman bin Yasar, katanya: “Abu Usaid ra berkata, “Semalam aku tertidur
sebelum membaca wiridku sehingga pagi. Apabila tiba waktu pagi, aku mengucapkan
istirja’ (Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun). Wiridku adalah surah
Al-Baqarah. Kemudian aku bermimpi seolah-oleh seekor lembu menandukku.”
(Riwayat Ibnu Abi Dawud)
Diriwayatkan
oleh Ibnu Abid Dunya dari salah seorang penghafaz AlQur’an bahawa pada suatu
malam dia tertidur sebelum membaca hizibnya kemudian dia bermimpi seolah-olah
ada orang berkata kepadanya:
Aku
heran pada tubuh yang sihat,
Dan
pemuda yang tidur sehingga pagi.
Sedang
kematian tidak boleh dihindari kedatangannya,
Bahkan
di kegelapan malam pun ia mungkin akan tiba.
==
BAB 5 PANDUAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN
Reviewed by suqamuslim
on
Mei 14, 2018
Rating:
Tidak ada komentar: